Monday, 13 October 2014

THE MORE WE GIVE, THE MORE WE GET =)



Lumrah hidup manusia, ada yang suka ramai yang benci. Kita tak boleh paksa orang untuk suka dengan kita. Kita juga tak boleh nak puaskan hati semua orang.
Kadang – kadang kita rasa kita dah buat benda yang betul. Tapi apa yang menurut kita betul, belum tentu betul di mata orang lain. Kita cuba untuk puaskan hati semua orang tapi tetap ada orang yang tak puas hati dengan kita.
Lagi satu bila ada orang cemburu atau tak suka dengan kita, itu bermakna kita lebih baik daripada dia. Dia cemburu sebab dia tak boleh nak jadi baik macam kita.
Dia juga rasa kita ni pesaing dia. Kalau boleh, dia tak nak kita lebih dari dia. Dia nak lebih dari kita. Kalau ada ilmu baru atau peluang-peluang bisnes, dia tak akan cakap dengan kita.
Dulu, saya pernah berfikiran macam ni. Tetapi bila saya dah selalu bercampur dengan orang yang berjaya dan berfikiran positif, hilang semua pemikiran macam tu. The more we give, the more we get.
Kepada yang merasa sedang bersaing dengan saya , saya do’akan anda berjaya dan semoga ALLAH mudahkan urusan anda. Saya percaya, ALLAH jadikan setiap manusia dengan kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Dan ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Kita sebagai manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Hidup ini hanya sementara, semua yang ada di dunia ini adalah milik ALLAH. Kehebatan dan kepandaian kita adalah pinjaman semata-mata.

LOVE, 
MARIA

Saturday, 11 October 2014

MACAM MANA CARA NAK KIRA PASIF INCOME ?

Hari nii aku nak share ngan korang pasal pasif income.. pasif income nii ialah.. satu usaha yang kita buat sekali jee.. susah sekali jee.. lepas tuu.. duit wajib masuk dalam akaun kita setiap bulan.. sekali pun kita tak mau.. duit tadi tetap gak.. kena masuk dalam akaun kita.. tuu adalah pasif income.

Contoh benda-benda.. yang boleh bagi pasif income macam.. rumah sewa.. dividen asb.. dividen tabung haji.. kereta sewa.. kedai sewa.. sewa tanah.. bagi talk.. direct selling.. agent insuran.. penulis buku.. pemuzik.. tulis blog dan lain-lain lagi laa.

Pendek kata.. apa sahaja usaha.. yang kita buat sekali jee.. lepas tuu.. terus menerus duit masukkk.. semua tuu.. pasif income
Macam kes kawan aku.. baru nii dia beli rumah kedai 2 tingkat.. kat Shah Alam.. Seksyen – - .. mengadap jalan besar.. dan dah siap ada penyewa.. bumi unit.. market value RM750K.. dia beli 680K.. dia bayar cash.. unit bawah sewa RM2400.. unit atas kosong lagi.. tak de penyewa..  

Macam mana nak kira pasif income kedai nii?
Sewa : unit bawah RM2400 dan katakan unit atas bole sewa RM1000.. jadi total sewa RM3400

Kos : RM680,000

ROI atau return on investment dia : 3400 x 12 / 680,000 x 100 = 6% dan pasif income RM3400

Apa option lain yang dia ada?

Option ke 2.. kalau dia simpan  RM680,000 tadi dalam Tabung haji.. dividen tabung haji selalunya bagi 6.5 / 100 x 680,000 : 44200 setahun.. sebulan 44200/12 : RM3683(pasif income)

Option ke 3.. kalau dia simpan dalam ASB lak.. dividen ASB selalunya 8.0/100 x 680,000 : 54,400 setahun.. sebulan 54400/12 : RM4533 (pasif income)

Option ke 4 dan seterusnya.. aku pun tak tahu.. cecuba korang cadangkan sikit.. sila sila..

INGAT PASIF INCOME, INGAT MARIA.